Khamis, 11 September 2014

Khasiat Halba Yang Perlu Kita Tahu

Khasiat Halba yang aku baru tau....

Ya Allah ! Kenapa la lambat sangat aku tau pasal halba ni... ni pun hari tu sebenarnya tergoogle resepi kari itik , then tengok bahan-bahan tu ada yang tulis halba....so , aku pun cari la maklumat pasal halba ni...

 Rasulullah saw bersabda :'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? ' 

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda : ' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58) 

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda : ' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir) 

KEGUNAAN Halba 1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut- Merangsang rahim
- Kegemukan- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

 2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

 3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

 4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu 

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang. MANA NAK DAPAT Halba Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya. Juga dikenali sebagai Kelabet.

Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai; Cina: Hu Lu Ba Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.) Tamil : Vendayam Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni. 

Cara-caranya :- Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu.

Aku pun dah amalkan minum teh halba ni... yela kesan belum nampak sebab baru tiga hari...tapi insyaallah aku nak terus amalkan minum dan makan makanan sunnah...tak nak dah nak bergantung dengan ubat-ubat orang barat...

Nak badan sihat , kena amalkan dari sekarang.  Jangan nanti dah sakit baru masa tu nak minum madu , nak makan habbatus sauda , minum susu kambing la...  kesan tu lambat la nak nampak... iya tak ??

Jom amalkan minum halba dari sekarang...  sangat2 MURAH , senang DAPAT & YANG PENTING SANGAT BERKHASIAT....