Isnin, 16 September 2013

I Love You , Stupid ! Review & Sinopsis

  ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA !


Ceh , macam nak berpidato la pulak..hehe mood sengal dah sampai...

Baru- baru , saya ada la beli novel baru..erm baru tak baru sangat la..
Tapi kira baru jugak la kan sebab buku baru..

Jeng jeng jeng.....

I LOVE YOU STUPID !

Haha , bunyi kasar kan? Kan? Kan?

ILYS ni merupakan karya kedua kak Melur Jelita selepas  AWAK SUKA SAYA TAK? and dah tentulah beliau ialah novelis favourite saya !

Dan novel ILYS ni novel yang paling mahal pernah saya beli..
rasa-rasanya novel melayu yang paling mahal kat Malaysia kot..

Sinopsis 

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.

Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris…
 – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!”
 - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  
–Inspektor Ebrahim 

My parfait, perfect!“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” 
- Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” 
EbrahimFirman

Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

--------------♡---------------♡----------------♡-----------------♡

Bak kata kak Melur Jelita
Bacalah ILUS dengan mata hati dan mata akal "
Jalan cerita yang penuh dengan Cinta dan kasih sayang..dan cinta tu bukan untuk kekasih je , tapi kasih sayang sesama islam , antara keluarga , antara sahabat dan bak kata merangkum semua lah..

Novel ni bukan novel cinta biasa-biasa
Dari watak utama hero and heroin sampailah ke watak-watak sampingan
sangatlah memberi kesan kat saya...

Lagi- lagi bila hampir keseluruhan dari storyline ni pasal kemboja & Melayu Cham.... ( Bangganya saya jadi orang cham!)

So , bila baca je story kat kemboja ni , automatic saya dah boleh nampak keadaan orang Cham kat kemboja...
Boleh bayang macam mana rupa Mai Tuen  ( ni sebutan yg betul , bukan mai tuan ) , rupa Fatimah , rupa Matt , rupa ustaz-ustaz cham , rupa Ahmad sebab rupa orang Cham kat sana dengan orang Cham kat Malaysia ni sama je...entah-entah rupa Fatimah tu macam saya kot! I'm A Cham Girl.....yea yea
Rupa si hensem Firman je tak boleh nak imagine...hensem and so perfect!

Tak boleh tahan dengan watak gila-gila Iris ni...kelakar betul...dah la obses dengan kecantikan , kuat perasan pulak tu...macam-macam kerenah dia kat kemboja tu..kecian Abang pedasku...baca sorang-sorang , tergelak pun macam orang gila...pandai betul kak Melur Jelita ni imagine...banyak ayat-ayat fresh yang keluar kat mulut Iris ni..bab kalau nak flirting memang pro! gatal kalah dari ulat beluncas! "oh papa"  "We're hot , sexy and naughty " sesuai dengan nama dia Iris The Devil or Iris The Diva...tak pernah jumpa watak heroin yang ganas! Ganas sampai hampir nak bunuh Abang Pedas...oppsss

Firman Ebrahim...alahai dengar nama pun dah sejuk hati ni...ceh!
I luv him , I luv him, I luv him ! Is he real? jangan kata Iris terpaku , saya yang baca ni pun jatuh cinta dengan Firman aka Abang Pedas , Sexy dan Berapi...
Apa yang abang pedas ni tak tau?? Semua benda dia tau.. Macho kan?
Untung la Iris dapat Firman....Firman ni pun satu , mulut boleh tahan jugak..betul la cakap Iris , Firman ni kalau berleter macam perempuan...

ada satu quote Firman sangat menarik pasal aurat..ingat - ingat lupa lah tapi lebih kurang macam ni la 
" kasut walaupun brand LV , Jimmy Choo atau mahal macam mana pun , tempatnya terletak di kaki..paling bawah sekali.. tapi tudung walau pun murah , ringan tapi tempatnya terletak di atas kepala , tempat paling atas sekali " 


Novel ILUS ni memang banyak pengajaran & ilmu...
Tak rugi beli novel ni...

Dah keluar sequel ILUS ==> MY PRECIOUS IRIS !

Tak sabar nak beli.....

Cukuplah Allah ada dan Dia ada untukku..